“Kenapa tak b̷agitau dah kawen”. Terjump̷a buk̷u pink dal̷am kereta. Dia di̷am. Aku hany̷a ters̷enyum

“Kenapa tak b̷agitau dah kawen”. Terjump̷a buk̷u pink dal̷am kereta. Dia di̷am. Aku hany̷a ters̷enyum
#Foto sekadar hiasan. | Assalamualaikum. Aku nak confess tentang bercinta dengan suami orang.

Aku ada pengalaman bercinta dengan suami orang. Masa zaman study dulu. 3 tahun kami bercinta. Tahun ketiga baru aku tahu dia suami orang.

Aku tahu sebab tak sengaja buka dashboard kereta dia dan ada buku pink. Aku baca. Buku klinik isteri dia. Hahahaha.

Aku tak marah atau mengamuk. Aku senyum dan cakap, ‘Kenapa tak bagitau dah kawen”… Dia diam.

Sepanjang 3 tahun aku dilayan dengan manis sekali. Birthday aku dia belikan teddy bear besar dan bawak teddy bear tu keluar dari mall. Wow. Terpesona aku sebagai gadis baru nak up. Wahahaa.

Pernah jugak dia suruh aku bukak bonet kereta dan surprise! Ada bunga. Alahai laki orang.

Dia belikan baju kurung raya sama color dengan baju Melayu dia. Belikan rantai ada huruf nama dia. Adoi gigih rupanya suami orang menyamar bujang.

Susah ye nak blah dari hidup dia. Pening kepala aku dibuatnya. Sebab dia baik. Cumanya dia ada bini. Aku rasa dia memang serius nak buat aku jadi bini kedua.

Sebab dia siap kenalkan aku dengan bapak dan family dia. Mak dia dah takda. Mereka semua ni diam. Sorang pun takda bagitau aku bahawasanya lelaki ini suami orang dan anak dah dua! Hebat tak hebat. Hahahha.

Dia share semua pasal kerja, emosi hal hal seronok dan tak seronok dalam hidup dia dengan aku.

Kami pergi buat aktiviti flying fox sama sama. Ada sepupu dia ikut sekali ye. Telefon aku dari semasa ke semasa. Tegur dan nasihat aku belajar baik baik.

Pernah menangis sebab rindu aruwah mak dia. Teresak esak depan aku. Sebab tu aku pening kepala masa nak blah. Tiga tahun menyulam kasih. Tidak semudah melepas pergi.

Dia pernah jumpa family aku dan adik beradik aku masa abang aku bertunang. Semua dia bantu.

Orangnya baik hati, ada rupa dan menjaga batasnya dengan baik. Tak pernah nak menyundal dengan aku. Tak pernah cuba nak unboxing dan ambil kesempatan terhadap diriku.

Familyku pun suka dengan dia. Namun dia suami orang. Hahahaa. Satu masalah dia, aku tak boleh ada kawan lelaki. Habis diugut pergi kawan kawan lelaki aku. Siap nak bergaduh. Adoi laki orang.

Dalam proses untuk meninggalkan dia, aku tanyalah serba sedikit tentang isterinya. Jururawat kerja bershift. Muallaf. Aku tanya bini dia tak cek ke hp?

Dia ada dua hp. Satu letak dalam kereta untuk aku. Satu tu untuk bini dia. Dia siap bagi aku tengok dua dua hp tu pada kejadian aku tangkap buku pink bini dia. Satu persatu pengakuan dia buat.

Dia bagi tengok jugak gambar anak lelaki dia, dua orang. Siap bahasakan bini dia sebagai ‘kakak’ time borak dengan aku.

Kebetulan aku ni tenang tenang sahaja orangnya. Tak cepat marah. Suka ketawa. Malu tunjukkan emosi sebenar. Padahal luka parah dah hati aku masa tu.

Dia cerita tentang bini dia. Jarang ada masa untuk dia. Dah bini nurse, besar pengorbanan bini untuk family. Aduhai kesian bini dia.

Rasa bersalah menyelubungi diriku. Memang aku kuatkan hati dan semangat untuk pergi dari hidupnya.

Lagipun aku masih muda. Masih banyak masa untuk kenal dunia. Aku nak capai cita cita. Aku buang jauh jauh perasan yang ada.

Aku sempat pesan kepada dia, jagalah family baik baik sebab awak lelaki baik.

Tak dapat rasanya nak teruskan hubungan memikirkan ada wanita lain sedang berjuang untuk rumahtangga yang bahagia. Walaupun sedih yang teramat.

Hari hari aku menangis. Bukan senang nak move on dari orang baik. Aku mulakan dengan tak layan semua panggilan, mesej dari dia.

Akhirnya aku tukar nombor telefon. Sampai sekarang ingat mesej terakhir dia.

‘Ney, B rindu….’

***

Sekarang aku dah berumahtangga. Alhamdulillah suamiku duda takda anak.

Aku pun tak faham kenapa aku selalu terkena suami orang. Hahaha. Tapi kali ni takda bini. Baik alhamdulillah, family man dan manis sikapnya.

Suka aku pesan di sini. Berusahalah menjaga hati sesama wanita terutamanya.

Sakit dicurangi tidak akan sama sakitnya dengan putus cinta. Aku yakin sakit di curangi dan dikhianati lebih pedih dan menikam. Apatah lagi merosakkan rumahtangga yang dah ada zuriat.

Ya Allah tak sanggup rasanya. Membayangkan sahaja buat hatiku ngilu.

Permudahkanlah urusan orang lain. Semoga berkahnya mengiringi kehidupan kita.

Salam sayang…

Reaksi warganet
Fazliana Fakhri –
Kejamnyaa tolong bersubahat sepupu dan family. Sampaii hati aniaya wanita muallaf.. Sedangkan nak tukar agama tu, betapa banyakk cabaran dia kena hadap. Demi lelaki yang dia nak buat syurga dia.

Buat tuan tanah, tahniahh sebab kuat undur diri dari hubungan yang manis, dan tak pentingkan diri.. Beribu tahniah..

Ratnaz Kastro –
Inilah antara confession yang tak meminta untuk difahami tat kala terkait berhubungan dengan suami orang.

Semua perkara baik buruk, Kita yg pilih. Alhamdulillah buat confessor, yang ambil jalan terbaik. Manusia, laki atau perempuan, andai tersilap langkah, inilah jalan terbaik. Pulang kepangkal jalan.

Jangan salahkan siapa siapa, melainkan ambil pengalaman sebagai peringatan. Semoga confessor sentiasa dilindungi Allah, rumahtangga dijauhi dr segala perkara buruk, moga dipermudahkan segala urusan.

Nabilatasha Zakaria –
Kaum hawa, kalau terkena macam ni, jadikan sister ni sebagai idola. Sebab dia tahu kita sama sama perempuan, sakit putus cinta lain sakit dicurangi lagi sakit.

Dalila Hanim Rasyid –
Kalau lah sweet camtu dia layan bini dia.. haishh. Untung tau isteri kerja, tak mintak duit kat suami pun dah bersyukur. Janganlah dibalas dengan kecurangan.

Walaupun awak jaga batas. Tapi itulah nama lelaki takkan pernah puas dengan apa yang ada.

Moga dijauhkan dari perkara tak baik dalam rumahtangga. Nauzubillah min Zalik…

For the first place. Kalau betul dia baik, dia dah jujur awal awal yang dia dah ada isteri. So takut takut kemungkinan dengan awak pun dia boleh buat benda sama bila dah jadi isteri kedua. Mujur ambil langkah lari dari hidup dia.

Wan Mazaziman –
Obviously bukan lelaki baik. Kalau isteri profession dia nurse, sebagai suami kena la faham. Sebab apa isteri kerja? Sebab nak tampung belanja mana suami tak cukup.

Kalau dia rasa isteri takde masa untuk suami, bincang. Bukan cari perempuan lain. Kalau suaminya tu gaji besar, suruh je isteri berhenti kerja jadi full time housewife. Boleh concentrate jaga keluarga dan suami.

Norhuda Kamal –
“Hari hari aku menangis. Bukan senang nak move on dari orang baik…. ”

Baik ke lelaki macam tu dik? Curang dengan isteri, burukkan isteri sendiri, menipu pulak tu…. Hmmm…. itu bukan orang/ suami yang baik ya dik….

Suami yang baik ni sentiasa di samping isteri dan anak anak. Banyak masanya dileburkan untuk membantu isteri dan mendidik anak anak dan lain lain.

Tapi banyak benar masa terluangnya laki orang ni sehingga boleh layan perempuan lain macam orang bujang.

Tapi alhamdulillah kerana awak buat tindakan bijak. Mengundur diri untuk kebahagiaan isteri dan anak anak lelaki tak guna seperti itu.

Sumber – Mirmo Zibang (Bukan nama sebenar) via IIUMC | ARtikel dipetik dari: media portal

PERHATIAN: Pihak Kecohapetu tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *