Dulu posmen, kini pemandu lori kontena… pemuda akui realiti kerjanya sus4h nak balik rumah, siap pesan “kalau lori masuk simpang tolonglah mengalah!”

Dulu posmen, kini pemandu lori kontena… pemuda akui realiti kerjanya sus4h nak balik rumah, siap pesan “kalau lori masuk simpang tolonglah mengalah!”

Menurut Nur Rahmat Zainal, 23, setiap kerjaya ada cab4rannya yang tersendiri, namun dia cek4l berhadapan suka-duka demi mencari rezeki.

Kata Rahmat, bekerja sebagai pemandu lori ada cab4rannya yang tersendiri.

Berbeza 360 darjah. Begitulah yang diungkapkan bekas posmen ini apabila bercerita mengenai kerjaya baharunya sebagai pemandu lori kontena.

“Kebiasaannya saya bawa lori 14 tayar atau 16 tayar. Dari segi barang yang dibawa pula, ia bercampur-campur. Plastik, coklat, barang-barang besi pun ada mengikut kilang-kilang tertentu.

Mesra disapa Rahmat, dia yang menetap di Tanjung Karang, Selangor berkata, sifat berani perlu ada dalam diri individu yang mahu bergelar sebagai pemandu lori.

“Sebelum ini saya bekerja sebagai posmen dalam tiga tahun. Kemudian saya mula bawa lori pada tahun 2020. Minat untuk bawa lori dah lama ada. Kebetulan, dalam keluarga saya ramai yang bawa lori. Ayah, abang dan bapa saudara saya merupakan pemandu lori.

Jelasnya lagi, kehidupan normal juga terpaksa dik0rbankan apabila banyak masanya dihabiskan dalam kenderaan berkenaan.

“Pekerjaan ini sudah tentu jauh berbeza dengan kerja lama. Dulu bawa motor sebagai posmen, kemudian terus bawa lori kontena. Banyak ris1ko dalam bidang kerja ini,” katanya.

“Kalau tak berani, jangan bawa lori. Yang penting kena sentiasa berhati-hati dan fokus. Hanya doa ibu yang sentiasa mengiringi perjalanan ini.

Video:

“Kerja ni sus4h nak balik rumah. Biasanya saya mula kerja seawal 8 pagi, dah habis perjalanan tu, belum tentu boleh balik awal. Pernah juga sampai awal pagi baru balik.

“Tapi paling penting sekali, jangan pernah malu dengan pekerjaan kita,” ujar anak keempat daripada sembilan adik itu.

“Orang selalu tanya dan ada tanggungjawab bahawa kerja ini gajinya besar, tapi mereka tak nak tanya ke kami kerja macam mana? Habis pvkulberapa? Kalau sibuk kerja, kadang-kadang tidur dua ke tiga jam saja.

Melepaskan meneruskan rutin kerjanya seperti biasa, Rahmat turut berkongsi realiti yang dihadapinya menerusi video bingkisan di aplikasi TikTok.

“Selain dalam Selangor, saya juga bawa lori sehingga ke Johor, Terengganu, Perak dan banyak lagi.

Lori ni besar, motor dan kereta pula kecil. Sepatutnya yang kecil lebih nampak yang besar.
RAHMAT

“Biasanya saya suka kongsi video di Instagram Story dan status WhatsApp. Kemudian saya kongsi pula di TikTok. Tak sangka akan viral macam ni.

“Ada juga yang komen, mereka bergurau kata nak tumpang lori saya. Yang tanya mengenai pekerjaan ini pun ada,” katanya lagi.

Siapa sangka, video-video yang menarik perhatian ramai sehingga turut menjawab pelbagai soalan mengenai cabang kerjaya itu.

Dalam temubual sama, Rahmat turut menggesa pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan khususnya ketika memandu berdekatan dengan kenderaan berat.

Rahmat turut berkongsi rutin kerjanya menerusi video di TikTok.

“Lori ni besar, motor dan kereta pula kecil. Sepatutnya yang kecil lebih nampak yang besar. Tapi ada dalam kalangan mereka yang tak nak mengalah.

“Lori nak masuk simpang, tolonglah mengalah. Jangan menyelit, jangan potong lori, kemudian brek depan lori. Tolong jangan buat. Lori kalau ada isi berat, ia tak boleh terus brek. Dah brek pun masih berjalan,” pesannya lagi.

“Kepada mat motor, abang-abang kakak yang naik kereta… kalau lalu sebelah lori, berdekatan lori, tolong berhati-hati dan beri laluan.

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak Kecohapetu tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment