Dipercayai Rempuh Belakang Lori Tunda, Penunggang Motosikal Dilapor Maut
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori tunda (Tow Truck) dalam satu kejadian di kilometer 76.2 Lebuhraya Kuala Lumpur menuju ke Karak sekitar jam 4.50 petang semalam di Bentong, Pahang.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan berkata mangsa berusia 48 tahun dan merupakan warganegara tempatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
“Hasil siasatan pihak polis menemui lori tunda (Tow Truck) telah berhenti di bahu jalan di km 76.2 Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak.
“Lebih kurang 30 minit selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang dan mendapati motosikal dari arah Bentong telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut,” katanya.
Susulan itu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sehubungan itu juga, beliau memohon agar mana-mana pihak untuk memberikan kerjasama sekiranya melihat kejadian tersebut bagi membantu siasatan.
“Pihak polis juga menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya,” maklumnya dalam kenyataan tersebut.
Sumber: Polis Bentong
PERHATIAN: Pihak Kecohapetu tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri