‘PU & Ustazah Online Tak Nak Ulas Ke Hukum Amang Seksual?’

Di Instagram Story, penyanyi, Baby Shima meluahkan rasa tidak puas hati apabila golongan agamawan di negara ini didakwa tidak menegur dan memberi nasihat kepada pendakwah yang didakwa melakukan amang seksual terhadap dua orang remaja lelaki bawah umur sejak bulan Februari dan Julai lalu.

Apa hukum amang seksual?

Menerusi posting Baby Shima, pelantun suara ‘Pura-Pura Bujang’ ini dilihat memberi pertanyaan mengenai hukum amang seksual. Di samping itu, Shima turut berharap pencetus ummah (PU) dan ustazah online di negara ini boleh mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut.

Pada masa yang sama, penyanyi dangdut itu sempat menyertakan satu tangkap layar berkenaan gosip seorang artis popular yang dikatakan terpaksa berkahwin kerana sudah terlanjur. Shima berharap pendakwah dalam talian boleh mengulas isu terbabit dan jangan memilih ketika menegur seseorang.

Baby Shima sebelum ini kerap ditegur oleh golongan agamawan di Malaysia atas beberapa kontroversi panas.

Sumber: Baby Shima

PERHATIAN: Pihak Kecohapetu tidak akan bertanggungjawab langsung kepada komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment